GURU YANG EFEKTIF
Pendahuluan
Guru merupakan satu profesion yang sangat mencabar dewasa ini. Para guru dituntut supaya menjadi seorang yang berkaliber, berkarisma, berdaya saing, dan mempunyai nilai tambah yang selaras denganperkembangan dunia pendidikan semasa. Oleh yang demikian itu, para guru tidak sepatutnya leka dan lalai. Guru sepatutnya berusaha menambah ilmu yang ada dan sentiasa berusaha menambah baik kelemahan diri. Jika kita rujuk kembali pada pengertian guru, ianya bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh (Kamus Dewan) . Ini bermakna guru merupakan ejen yang menjadi sumber kepada keberkesanan pendidikan yang disampaikan kepada anak-anak murid kita. Jika ejen penyampai ini tidak berkesan, maka sudah pastilah matlamat pendidikan itu tidak tercapai.
Keberkesanan Seorang Guru
Jika kita ingin mencapai keberkesanan sebagai seorang pendidik, secara amnya kita perlulah berusaha menepati maksud perkataan guru tadi. Iaitu sebagai seorang pengajar yang mengajar segala ilmu kepada muridnya. Sebagai pendidik yang memberikan didikan emosi, rohani dan jasmani. Juga sebagai pengasuh yang menjaga anak muridnya seumpama mengasuh anak muridnya sendiri. Namun begitu para guru harus sedar bahawa tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 )
Ciri – Ciri Guru Yang Efektif
Guru yang efektif ini adalah guru yang mempunyai kualiti yang membolehkan dirinya membimbing anak muridnya mencapai objektif dan matlamat pembelajaran. Dalam erti kata lain yang lebih mudah, kebolehan guru ini amat berkesan dalam pengajaran.Ciri – ciri seorang guru yang efektif boleh dibahagikan kepada:
A) KUALITI PERIBADI
- Kemahiran komunikasi yang baik, berilmu, mudah didekati dan disenangi, boleh berkecindan (humor) , semangat, mudah menyesuaikan diri.
- bersikap positif dan bermotivasi, sistematik, adil, flesibel dengan tugas, menghormati setiap individu.
- berani, sabar, terbuka, komited, bertanggungjawab, berintegriti, merendah diri.
- sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan membaiki diri.
B) KOMPETENSI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
bagaimana seseorang guru secara efektif menggunakan gaya pengajaran, personalitinya, dan strategi pengajarannya untuk memaksimakan keupayaan pelajarnya membentuk ilmu baru. Seseorang guru perlulah bertindak sebagai:
1 Menjadi model ikutan atau Qudwah hasanah kepada muridnya.
2 Seoranga yang Penyayang, dan mampu memahami muridnya.
3 Mengajar dan mengamalkan nilai-nilai yang baik serta sesuai dengan agama bangsa dan negara.
4 Tidak bersikap prejudis dan pilih kasih dalam mendidik anak murid mereka.
5 mempraktikkan polisi-polisi dan amalan-amalan pendidikan negara.
6 Peka terhadap isu-isu dan impaknya terhadap pendidikan
7 Komited terhadap pelajarnya.
8 Bertanggungjawab terhadap perkembangan profesional dan diri.
9 Membentuk nilai dan sikap pelajar.
Demikianlah ciri – ciri seorang guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah. Berusaha untuk menjadi para guru yang efektif agar anak didik kita nanti mampu menjadi insan yang berguna kepada negara kita yang tercinta. Renungilah kata ini:
Gagalnya seorang doktor, maka matilah pesakitya
Gagalnya seorang jurutera, maka runtuhlah binaannya
Gagalnya seorang peguam, maka terlepaslah pesalahnya
Akan tetapi
Gagalnya seorang guru, maka rosaklah anak bangsa kita.
Sekian, Terima Kasih.
SUMBER
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku PPT (Teh Chiew Lan)
Profesionalisme perguruan (WordPress.com)
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

- Fasilitator – menjadi seorang pembimbing kepada muridnya.
- Membentuk keupayaan pelajar.
- Merancang P&P
- Mempelbagaikan aktiviti P&P
- Penggunaan pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam P&P